Prime Minister's Office of Malaysia.

The latest information about the Prime Minister of Malaysia.

Media Statement

PENUBUHAN MAJLIS TINDAKAN EKONOMI (ECONOMIC ACTION COUNCIL)

By  :  YAB TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD, PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue  :  PUTRAJAYA
Date  :  11/02/2019

Pejabat Perdana Menteri

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi (Economic Action Council) yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat. Majlis ini ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak ke atas maklum balas rakyat jelata terhadap masalah yang mereka hadapi, khususnya dalam bidang ekonomi.

Matlamat utama Majlis ini adalah untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama, dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat. Majlis ini juga akan meneliti isu-isu berkaitan kos sara hidup, guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah. Berikut adalah senarai ahli-ahli majlis:

  1. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad – Perdana Menteri dan Pengerusi Majlis
  2. Datuk Seri Azmin Ali – Menteri Hal Ehwal Ekonomi
  3. Tuan Lim Guan Eng – Menteri Kewangan
  4. Datuk Ignatius Darell Leiking – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  5. Tuan Baru Bian – Menteri Kerja Raya
  6. Dr Muhammed Abdul Khalid – Penasihat Ekonomi Perdana Menteri
  7. Tan Sri Rafidah Aziz – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  8. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz – Pengerusi Permodalan Nasional Berhad
  9. Professor Dr. Jomo Kwame Sundaram – Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP)
  10. Tan Sri Dato' Sri Tay Ah Lek – Pengarah Urusan Public Bank
  11. Dr Hasnita Hashim – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat
  12. Datuk Shireen Ann Zaharah binti Muhiudeen – Pengerusi Bursa Malaysia
  13. Tan Sri Dato' Dr Mohd Munir Abdul Majid – Pengerusi  Asean Business Advisory Council, Malaysia
  14. Dato’ Dr Paul Selvaraj – Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
  15. Bah Tony @ Amani William Hunt Abdullah – Peguam
  16. Encik Nizam Mahshar – Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Institut MASA

Pelantikan ini berkuatkuasa serta merta.

Sekretariat bagi Majlis ini adalah Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.

 

PEJABAT PERDANA MENTERI

PUTRAJAYA

11 Februari 2019

Kenyataan_Akhbar_YAB_PM_Berkenaan_Penubuhan_Majlis_Tindakan_Ekonomi_Economic_Action_Council___11_Februari.pdf


Last Update on 11/02/2019 
This Media Statement has been read 228 times
QR Code for PMO Mobile
[© 2018 SMPKE, PMO]
Prime Minister's Office, Main Block, Perdana Putra Building, Federal Government Administrative Centre, 62502 Putrajaya, MALAYSIA.
Tel : 603-8888 8000 | Fax : 603-8888 3444 | E-Mail : Send E-Mail to Us! | Portal's Feedback

Visitors # Current : 11 | Today : 407 | This Month : 28,443 | This Year : 108,419 | Total : 9,880,945
Best view with 1024 x 768 pixel screen resolution and Google Chrome & Mozilla Firefox. Last Update : 17-02-2019