Media Room

Multimedia Collection

Feedback

  1. Fill-up the feedback form :

 

  • Decrease
  • Increase

PERMATA Seni

Pengenalan

Program PERMATA merupakan program Asuhan dan Didikan Awal Kanak - kanak. Program PERMATA dirancang dan dilaksanakan untuk memberi fokus kepada perkembangan pendidikan kanak-kanak. Kanak-kanak merupakan pemangkin pembangunan sesebuah negara dalam membina khazanah ilmu serta kepakaran bagi menjamin kemajuan sesebuah bangsa. Kecemerlangan ini mencakupi pelbagai bidang termasuk bidang seni.

Anak-anak yang berbakat dalam bidang seni ibarat kuntuman bunga yang belum mekar. Justeru dalam usaha membajai tumbesaran kuntuman tersebut; serta memastikan kuntuman tersebut mekar dan menyebarkan keharumannya ke seluruh pelusuk alam, PERMATA mengambil langkah untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi membentuk bakat mereka ke peringkat lebih cemerlang.

Pembentukan PERMATA Seni Negara

Atas dasar itu, PERMATA telah pun melaksanakan tiga program bimbingan di bawah PERMATA Seni. Program bimbingan tersebut melibatkan PERMATA Seni Koir, PERMATA Seni Muzik dan PERMATA Seni Tari. Anak-anak ini merupakan golongan yang terpilih berdasarkan kriteria yang menekankan bakat, keyakinan dan ketrampilan diri.

PERMATA Seni telah dilancarkan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri YAB Perdana Menteri Malaysia pada awal tahun ini. Anak-anak PERMATA Tari dan Koir berusia seawal enam (6) hingga dua belas (12) tahun, manakala PERMATA Seni Muzik berumur tujuh (7) hingga lima belas (15) tahun. Bilangan ahli PERMATA Seni kini seramai seratus lima puluh (150) orang. Mereka dilatih oleh tenaga pengajar professional dalam dan luar negara mengikut bidang masing-masing iaitu muzik, koir dan tari. Latihan berterusan sepanjang tahun serta kem atau bengkel yang diadakan di dalam dan luar negara memberikan pengalaman pembelajaran yang cukup bermanfaat yang menampakkan peningkatan mutu persembahan, keyakinan diri, disiplin serta banyak lagi nilai - nilai positif di kalangan kanak-kanak terlibat. Hal ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk mentransformasi Negara ke arah memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

© Copyright 2011 Prime Minister's Office

DISCLAIMER: This website and the Materials are provided “as is” and “as available”, without warranty of any kind, implied, express or statutory. The Office of The Prime Minister of Malaysia and The Government of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this website.

SMPKE