Media Room

Multimedia Collection

Feedback

  1. Fill-up the feedback form :
  • Home
  • PERMATApintar

 

  • Decrease
  • Increase

PERMATApintar

Program Pendidikan PERMATApintar

Pengenalan

Program Pendidikan PERMATApintar merupakan program khas yang pertama di Malaysia untuk sekumpulan pelajar yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi atau dikategorikan sebagai pelajar pintar cerdas akademik. Universiti Kebangsaan Malaysia telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan program pendidikan ini yang akan bermula pada bulan Januari 2011, dengan ambilan pertama seramai 200 orang pelajar tingkatan 4 (16 tahun). Pada tahun 2012 sekolah ini dijangka mempunyai pendaftaran penuh seramai 400 orang pelajar yang terdiri daripada 200 orang pelajar tingkatan 4 dan 200 orang pelajar tingkatan 5.

Tujuan Penubuhan

  • Menyediakan program pendidikan holistik dan suasana pembelajaran kondusif khusus untuk pelajar-pelajar pintar cerdas akademik.
  • Membangun, menyedia, dan melaksanakan kurikulum pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas akademik yang mempunyai potensi intelek yang tinggi.
  • Menyediakan pengalaman awal bagi pelajar pintar cerdas untuk belajar di institusi pengajian tinggi sekali gus mendapat bimbingan mentor dari kalangan ahli akdemik.
  • Mengumpulkan pelajar Malaysia yang berpotensi intelek tinggi untuk diberi peluang kepada mereka mendapatkan pengalaman awal dalam projek penyelidikan bagi membangunkan potensi minda kreatif dan berinovasi dalam kalangan pelajar berkenaan.
  • Menjadi model pendidikan pintar cerdas yang melibatkan pengintegrasian kurikulum pendidikan menengah dengan suntikan sukatan pelajaran tahap pengajian tinggi.
  • Mewujudkan satu wadah perkongsian pintar dan usaha sama di antara industri, institusi pengajian tinggi, dan sekolah dalam usaha saling lengkap melengkapi bagi menyediakan suasana pengalaman pembelajaran yang boleh membantu perkembangan holistik pelajar pintar cerdas akademik.


Objektif Penubuhan

Program ini dilaksanakan untuk pelajar-pelajar pintar cerdas yang mempunyai tahap potensi dan kemampuan yang tinggi untuk berfikir secara logik, kritis dan kreatif. Sehubungan itu, objektif pendidikan Program Pendidikan PERMATApintar adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Berkemampuan, berkemahiran serta berdaya saing untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menjana penyelesaian kepada masalah, dan boleh mencetuskan atau mencipta pemikiran-pemikiran baru berhubung ilmu yang dipelajari hasil penelitian yang analitikal dan kritis.
  • Sihat fizikal, sihat minda, berfikiran positif dan mempamerkan kesedaran kendiri yang matang dan bijaksana.
  • Mempunyai daya kepimpinan yang cemerlang dan terpuji, bertanggungjawab dan boleh membuat keputusan yang berkesan dengan mengambilkira prinsip-prinsip nilai baik dan beretika.
  • Menguasai kemahiran bahasa dan komunikasi yang mantap, serta mempunyai sikap yang sesuai untuk terlibat aktif dengan berkesan dalam aktiviti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
© Copyright 2011 Prime Minister's Office

DISCLAIMER: This website and the Materials are provided “as is” and “as available”, without warranty of any kind, implied, express or statutory. The Office of The Prime Minister of Malaysia and The Government of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this website.

SMPKE