Media Room

Multimedia Collection

Feedback

  1. Fill-up the feedback form :

 

  • Decrease
  • Increase

News

Camilla Visits Permata Negara Centre | 03/11/2017

PUTRAJAYA, 3 Nov 2017 -- Camilla, Duchess of Cornwall, melawat Pusat Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Permata Negara di sini hari ini.

Ketibaan beliau disambut isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung program Permata.

Camilla diberi taklimat mengenai operasi pusat itu, yang mempunyai 60 kanak-kanak berumur di antara satu hingga lima tahun oleh pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kurukulum dan Penyelidikan Permata Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Aminah Ayob.

Beliau kelihatan berseri-seri dengan pakaian panjang tiffany yang dipasangkan dengan seluar putih, juga memerhatikan aktiviti kanak-kanak dan duduk berbual dengan mereka.

Camilla tidak pernah lekang dengan senyuman apabila menyaksikan gelagat kanak-kanak yang mempersembahkan seni silat dan tarian tradisional Melayu, yang kebiasaannya dipersembahkan pada majlis perkahwinan.

 


Source: BERNAMA
© Copyright 2011 Prime Minister's Office

DISCLAIMER: This website and the Materials are provided “as is” and “as available”, without warranty of any kind, implied, express or statutory. The Office of The Prime Minister of Malaysia and The Government of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this website.

SMPKE