Media Room

Multimedia Collection

Feedback

  1. Fill-up the feedback form :

 

  • Decrease
  • Increase

Archive News

Rosmah Gesa Masyarakat Perkasakan Amalan Saling Mengambil Berat | 17/05/2010
Untitled document

KUALA LUMPUR, 17 Mei 2010 (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mahu masyarakat di bandar memperkasakan semula amalan tegur-menegur, bertanya khabar dan berkongsi masalah seperti yang pernah diterapkan di kampung dan desa suatu masa dahulu.

"Amalan-amalan sedemikian didapati ada baiknya dan terbukti berkesan dalam menangani sesuatu isu yang dihadapi oleh mereka yang bermasalah," katanya ketika berucap merasmikan rancangan televisyen 'Zuriat Kita' di saluran Astro Oasis di sini hari Isnin.

Beliau berkata setiap insan dalam kawasan kejiranan, kampung dan tempat kerja boleh menjadi mata serta telinga dalam membendung bencana sosial terutamanya gejala buang bayi.

Katanya sikap terlalu mementingkan diri sendiri dan enggan mengambil tahu hal jiran, rakan sepejabat dan rakan sekelas, umpamanya, menyebabkan seseorang yang dalam kesusahan tidak mempunyai tempat mengadu dan meminta pertolongan.

"Dalam situasi sebegini, bagi gadis yang telah terlanjur dan mengandung, mereka terpaksa mengambil jalan singkat iaitu membuang anak yang dilahirkan," katanya.


Source: BERNAMA
© Copyright 2011 Prime Minister's Office

DISCLAIMER: This website and the Materials are provided “as is” and “as available”, without warranty of any kind, implied, express or statutory. The Office of The Prime Minister of Malaysia and The Government of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this website.

SMPKE