Media Room

Multimedia Collection

Feedback

  1. Fill-up the feedback form :

 

  • Decrease
  • Increase

Archive News

Rosmah Anjur Sambutan Maulidur Rasul Di Sri Satria | 04/03/2010
Untitled document PUTRAJAYA, 4 Mac 2010 (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) mengadakan sambutan Maulidur Rasul di kediaman rasminya di Sri Satria di sini pada Khamis.

Majlis turut dihadiri oleh ibu Perdana Menteri Tun Rahah Mohd Noah dan isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh johan qariah Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa tahun lepas Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman Al-Yahya, diikuti ceramah oleh Datuk Dr Fatma El Zahra.

Seramai 300 tetamu menghadiri majlis itu termasuk daripada Bakti, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita), Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Persatuan Kebajikan Isteri Tentera (Bakat) dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia.

Source: BERNAMA
© Copyright 2011 Prime Minister's Office

DISCLAIMER: This website and the Materials are provided “as is” and “as available”, without warranty of any kind, implied, express or statutory. The Office of The Prime Minister of Malaysia and The Government of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this website.

SMPKE