Media Room

Multimedia Collection

Feedback

  1. Fill-up the feedback form :

 

  • Decrease
  • Increase

Archive News

YAKEB Teliti Semua Bantuan Yang Disalurkan - Rosmah | 24/02/2010
Untitled document PUTRAJAYA, 24 Feb 2010 (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) akan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima bantuan yang disalurkan yayasan itu.

Rosmah yang juga penaung YAKEB berkata yayasan itu juga berjanji akan melaksanakan amanah itu dengan penuh rasa tanggungjawab dalam membantu bekas-bekas atlet.

"Justeru itu adalah menjadi harapan saya agar kerjasama yang telah sedia terjalin di antara YAKEB, sektor korporat dan pihak media dapat dieratkan lagi," katanya pada majlis makan tengah hari meraikan penaja dan media di sini Rabu.

Beliau berkata melalui sokongan serta bantuan berterusan dari pihak penaja serta liputan berterusan media, matlamat melihat nasib bekas-bekas atlet negara terbela sepenuhnya dapat direalisasikan.

"Walaupun bantuan yang termampu dihulurkan tidaklah selaras dengan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada negara, apa yang penting adalah supaya mereka merasakan yang mereka tidak dipinggirkan atau dilupakan," katanya.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim, Pengerusi Eksekutif YAKEB Datuk Paduka Dr Mumtaz Begum Abdul Jaffar, Pengarah Urusan Iris Corporatian Berhad Datuk Tan Say Jim dan jurulatih pasukan badminton negara Datuk Misbun Sidek.

Pada majlis sama, YAKEB turut menerima sumbangan bernilai kira-kira RM190,000 daripada Iris Corporation Berhad.

Iris Corporation Berhad juga bersetuju untuk menyumbangkan dana kepada YAKEB sebanyak 50 peratus daripada kejuaraan yang dicapai pemain-pemain badminton negara dalam kejohanan antarabangsa dan 25 peratus untuk tempat kedua.

YAKEB beroperasi sepenuhnya pada Oktober 2008 dengan geran peruntukan RM1 juta daripada kerajaan yang disalurkan melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan setakat ini yayasan itu mempunyai 642 ahli berdaftar.

Source: BERNAMA
© Copyright 2011 Prime Minister's Office

DISCLAIMER: This website and the Materials are provided “as is” and “as available”, without warranty of any kind, implied, express or statutory. The Office of The Prime Minister of Malaysia and The Government of Malaysia shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information or Materials obtained from this website.

SMPKE