| |
SIARAN AKHBAR MENGENAI DRB-HICOM BERHAD
Apabila cadangan penjualan pegangan ekuiti sebanyak 15.8% dalam DRB-Hicom Berhad dimaklumkan kepada pihak Kerajaan, Kerajaan tiada halangan terhadap kedua-dua pembida, iaitu konsortium yang diketuai Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin (“Konsortium”) dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Walau bagaimanapun, pihak penjual saham pegangan ekuiti tersebut (“Vendor”) tidak dapat mencapai persetujuan sesama mereka dan telah meminta nasihat dan panduan daripada YAB Perdana Menteri. Setelah meneliti perkara ini dengan mendalam, YAB Perdana Menteri telah mengambil keputusan untuk menyokong cadangan yang telah dikemukakan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan telah memaklumkan keputusan tersebut kepada pihak Vendor.
Keputusan itu telah dibuat berasaskan keputusan tender di mana Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah menawarkan bida yang lebih tinggi, iaitu sebanyak RM3.60 sesaham berbanding dengan bida Konsortium sebanyak RM3.50 sesaham.
Pejabat Perdana Menteri
Putrajaya
3 Disember 2004
|  |