| |
KENYATAAN PERDANA MENTERI
MENGENAI PERSARAAN KETUA HAKIM NEGARA
Yang Amat Arif, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah bersara sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Oktober 2007.
Mengikut Akta Mahkamah Kehakimanan 1964 (Akta 91), sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan Ketua Hakim Negara, kuasa itu boleh dilaksanakan oleh Presiden Mahkamah Rayuan.
Maka dengan itu, Presiden Mahkamah Rayuan, Yang Arif Dato’ Abdul Hamid Haji Mohamad, akan memangku jawatan Ketua Hakim Negara mulai hari ini sehingga pengisian dibuat.
Pengisian secara hakiki bagi jawatan berkenaan akan dilakukan secepat mungkin.
Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas segala sumbangan cemerlang Tun Fairuz kepada badan kehakiman dan kepada negara.
Dikeluarkan oleh
Pejabat Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Putrajaya
1 November 2007
|  |