Prime Minister's Office of Malaysia.

The latest information about the Prime Minister of Malaysia.

Language : English | Bahasa Malaysia | Background : KL batik padi
Font Size : A+ | A | A- | Font Colour : Blue Red Green Original Color | W3C W3C Disability Accessibility
Mobile | RSS | FAQs | Help | Sitemap | Intranet SSO
PM's Twitter PM's Facebook

NKRA : Raising Living Standards of Low-Income Households

KEDAH NEGERI KETIGA TERTINGGI TERIMA BANTUAN JKM RM114.2 JUTA

ALOR SETAR, 3 Jun 2012 (Bernama) -- Kedah merupakan negeri ketiga tertinggi menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi 14 skim yang disediakan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie.

Beliau berkata tahun lepas kerajaan persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1.2 bilion kepada JKM untuk diagihkan kepada 457,000 rakyat miskin dan golongan memerlukan di seluruh negara.

"Kedah merupakan negeri ketiga selepas Sabah dan Johor menerima peruntukan terbanyak iaitu RM114.2 juta untuk dimanfaatkan kepada 37,610 rakyat negeri ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Bantuan 1Azam anjuran Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah (PBANK) dengan kerjasama kementerian tersebut di Wisma Negeri di sini hari ini.

Bantuan 1Azam itu disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang juga Yang Dipertua PBANK kepada 350 penerima dari daerah Baling, Pendang dan Kota Setar.

Bantuan sebanyak RM1.75 juta yang disampaikan hari ini meliputi peralatan berniaga mengikut pakej yang disediakan seperti mesin jahit, peralatan memasak, peralatan gunting rambut dan peralatan membuat kuih.

Heng berkata bagi bantuan 1Azam yang bertujuan membantu golongan miskin keluar daripada kepompong kemiskinan, sehingga Mei 2012 kementeriannya telah memperuntukkan sebanyak RM32.7 juta kepada 5,048 peserta di negeri ini.

Katanya bantuan tersebut dapat meringankan beban peserta yang baru atau telah memulakan perniagaan bagi membolehkan mereka meningkatkan pendapatan serta taraf hidup pada masa akan datang.

Beliau berkata sejak program tersebut diperkenalkan pada Januari 2010, sehingga Mei tahun ini kementeriannya telah membantu seramai 80,597 keluarga yang pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,000 untuk menyertai program itu.

"Siapa saja yang miskin dan perlu dibantu pihak kementerian akan bantu tanpa mengambil kira kaum dan agama serta kerajaan persekutuan tidak akan berat sebelah untuk bantu rakyat miskin di negara ini," jelasnya.

Heng menyifatkan kerjasama julung kali antara kementeriannya dan PBANK merupakan detik bersejarah dalam usaha pihaknya mengenal pasti rakyat negeri ini yang memerlukan bantuan daripada kerajaan persekutuan.

Penerima bantuan 1Azam Chew Ting Foong, 45, dari Baling berterima kasih kepada kerajaan persekutuan atas bantuan yang disampaikan hari ini untuk meringankan bebannya menjalankan perniagaan menjual kuih.

Katanya dengan adanya peralatan membuat kuih tersebut membolehkannya menyediakan lebih banyak kuih untuk dijual selain dapat menjana pendapatan lebih baik.


SOURCE : BERNAMA


Last Update on 05/06/2012 
This news has been read 15806 times
ISO ISMS QR Code for PMO Mobile
Last Update : 23-04-2014
© 2013 SMPKE, PMO
Prime Minister's Office of Malaysia, Main Block, Perdana Putra Building, Federal Government Administrative Centre, 62502 Putrajaya, MALAYSIA. Tel : 603-8888 8000 | Fax : 603-8888 3444 | E-Mail Send E-Mail to Us! | Portal's Feedback

Visitors # Current : 41 | Today : 4,376 | This Month : 100,044 | This Year : 430,421 | Total : 7,618,409
Best view with 1024 x 768 pixel screen resolution and Google Chrome & Mozilla Firefox.