Prime Minister's Office of Malaysia.

The latest information about the Prime Minister of Malaysia.

Language : English | Bahasa Malaysia | Background : KL batik padi
Font Size : A+ | A | A- | Font Colour : Blue Red Green Original Color | W3C W3C Disability Accessibility
Mobile | RSS | FAQs | Help | Sitemap | Intranet SSO
PM's Twitter PM's Facebook

Media Statement


By  :  DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue  :  PUTRAJAYA
Date  :  08/03/2010
Title  :  PELANTIKAN PENASIHAT SAINS KEPADA KERAJAAN MALAYSIA

Pejabat Perdana Menteri
Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global Universiti Sains Malaysia, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Zakri Abdul Hamid, telah dilantik sebagai Penasihat Sains kepada Kerajaan Malaysia berkuatkuasa 1 Mac, 2010. Perlantikan beliau adalah bagi tempoh dua tahun.
 
Sebagai Penasihat Sains kepada Kerajaan Malaysia, Prof Emeritus Dato’ Dr. Zakri Abdul Hamid adalah pegawai penasihat sains utama kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia untuk memastikan Malaysia mendapat manfaat dari Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).
 
Penasihat Sains kepada Kerajaan Malaysia bertanggungjawab mengemukakan dasar, strategi, prosedur dan langkah-langkah di mana agenda STI diberi keutamaan dalam pertimbangan dan tindakan Kerajaan bagi meningkatkan pencapaian dan kelestarian sosio-ekonomi negara.
 
Tanggungjawab beliau juga merangkumi mengoptimakan sumber dan keutamaan bagi transformasi Malaysia kepada sebuah negara yang berteknologi tinggi, dan menjadi pakar rujuk utama dalam kemajuan sains, teknologi dan inovasi negara.
 
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Zakri Abdul Hamid adalah seorang Felo Akademi Sains Malaysia dan mempunyai sumbangan besar dalam bidang sains, serta pengalaman luas dalam pengurusan sains.
 
Sebagai Penasihat Sains kepada Kerajaan Malaysia, beliau juga dipertanggungjawabkan untuk merapatkan hubungan dan jaringan di antara Kerajaan dan saintis serta organisasi sains di dalam dan luar negara. Beliau akan turut mempengerusikan Majlis Sains dan Penyelidikan Negara.
 
Beliau dilahirkan di Pahang pada 23, Jun 1948. Beliau memperolehi Diploma Pertanian dari Kolej Pertanian Malaya pada tahun 1969 dan BS in Crop Science dari Louisiana State University, USA (1972), sebelum memperolehi Masters in Science (1974) serta PhD (1976) dalam Crop Science (Plant Breeding) dari Michigan State University , USA.
 
Beliau memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Jabatan Biologi, Universiti Kebangsaan Malaysia dari tahun 1976 hingga 1979, dan menjadi profesor biologi di universiti tersebut sehinga 2000. Beliau pernah menjadi Timbalan Naib Chanselor (Akademik dan Penyelidikan) Universiti Kebangsaan Malaysia (1991 – 2000) dan adalah bekas Pengarah Institute of Advanced Studies, United Nations University di Tokyo, Japan (2001 - 2008), serta presiden pertama Persatuan Genetik Malaysia.
 


Last Update on 08/03/2010 
This Media Statement has been read 6728 times
ISO ISMS QR Code for PMO Mobile
Last Update : 20-08-2014
© 2013 SMPKE, PMO
Prime Minister's Office of Malaysia, Main Block, Perdana Putra Building, Federal Government Administrative Centre, 62502 Putrajaya, MALAYSIA. Tel : 603-8888 8000 | Fax : 603-8888 3444 | E-Mail Send E-Mail to Us! | Portal's Feedback

Visitors # Current : 43 | Today : 4,686 | This Month : 94,925 | This Year : 1,014,116 | Total : 8,202,104
Best view with 1024 x 768 pixel screen resolution and Google Chrome & Mozilla Firefox.